Baru-baru ini aktor Sharnaaz Ahmad mengesahkan bahawa hubungan percintaan beliau bersama Anis Al- Idrus sudah tamat sejak lima bulan lalu. Walaupun Sharnaaz selama ini tidak pernah mengakui mereka sedang bercinta.
Terbaru menerusi portal mStar Online, Anis memberitahu keputusan mereka untuk berpisah adalah jalan terbaik buat masa ini dan menganggap jodoh tidak berpihak pada mereka.
Seperti yang diberitahu bahawa kami sudah berpisah sejak lima bulan lalu dan saya anggap ia sebagai tiada jodoh antara kami. Bukan senang juga untuk buat keputusan dan kami rasa ini adalah jalan terbaik setelah memikirkannya secara mendalam.
Namun, baik Sharnaaz mahupun Anis kedua-duanya tidak mahu mendedahkan punca sebenar perpisahan tersebut kerana ingin menjaga hati keluarga masing-masing.
Saya tidak akan beritahu kenapa dan punca kami berpisah kerana sebarang kenyataan kami nanti akan mengaitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Biarlah kami sahaja yang tahu dan menjadi rahsia kami.
Sementara itu, Anis berkata beliau sudah tidak berhubung dengan Sharnaaz sejak lima bulan lalu dan percaya, apa yang berlaku merupakan ujian Allah yang mempunyai hikmah tersendiri.
Pekara ini sudah lima bulan berlaku, saya sudah baik-baik sahaja, kami ambil keputusan itu secara matang dan saya percaya Allah sudah merancang yang terbaik buat kami.
Sebelum ini pun ramai yang berteka teki mengenai hubungan mereka, Sharnaaz Ahmad pun pernah membuat kenyataan tidak akan mengakui Anis Al- Irus sebagai teman wanitanya, tiba-tiba dah putus pulak.
http://bokep.pokerdomino99.org/foto-hot-aino-kishi/