Sunday, March 10, 2013

Tanda-tanda gangguan jin

Tanda-tanda pada waktu tidur

Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.

Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.

Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.

Mimpi yang sangat menyeramkan.

Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.

Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.

Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.

Berperasaan sedih pada saat tidur.

Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.

Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.

Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.

Bermimpi melihat hantu.

Tanda-tanda pada waktu sedar

Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.

Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

.

Berbagai gangguan jin

Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.

Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.

Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.

Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

.

.

Di antara penyebab gangguan jin

Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.

Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.

Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan perkara ini jin tidak akan dapat mengganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat (gembira)lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

.

.

Sebab-sebab masuknya jin ke dalam diri manusia

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama’ yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan. Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

.

.

Cara jin masuk ke dalam tubuh manusia

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,“Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

.

.

Perlindungan terhadap gangguan

Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.

Mengucapkan “Bismillah” pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-

Hendak melompat dari tempat yang tinggi.

Terjumpa sesuatu di atas tanah.

Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan kosong.

Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.

Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.

Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.

Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan dangan wanita yang bukan muhrimnya.

Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.

Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.

Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.

Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Sifat-sifat yang harus ada bagi perawat

Harus mempunyai akidah yang benar, bersih dan jernih.

Harus mewujudkan tauhid yang murni, baik dalam ucapan mahupun dalam perbuatan.

Harus mempunyai keyakinan bahawa firman Allah sangat berpengaruh untuk menghalau jin dan syaitan.

Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan.

Harus mengetahui tempat-tempat pintu masuk jin dan syaitan.

Orang yang akan mengubati sebaiknya orang yang sudah menikah.

Harus menjauhi perkara yang diharamkan, kerana dengan perkara yang haram tersebut syaitan menyerang manusia.

Harus mengerjakan dan melaksanakan berbagai macam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, kerana amal tersebut akan dapat mengalahkan syaitan.

Harus sentiasa mengingat Allah Yang Maha Agung, berzikir kepada-Nya, kerana zikir adalah merupakan benteng yang sangat kukuh dalam menghadapi syaitan yang terkutuk. Semuanya ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tanpa mengetahui berbagai macam zikir dan doa harian sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. serta sentiasa mengamalkannya, seperti doa masuk rumah dan masjid, doa keluar dari rumah dan masjid, doa waktu mendengar suara ayam berkokok, doa ketika mendengar suara keldai, doa pada waktu melihat bulan purnama, doa waktu naik kenderaan dan sebagainya.

Harus sentiasa memagar diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah.

.

Ayat-ayat pagar diri sebelum melakukan perawatan

Sebelum memulakan rawatan, pagar diri anda dan mintalah pertolongan dari Allah S.W.T dengan membaca Al-Istiadzah dan ayat-ayat di bawah ini :-


أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ
Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَِن الرَّحِيْمِِ
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

بسم الله توكلت على الله  لا حول و لا قوة الا بالله العلي العظيم

Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya. Tiada upaya dan kekuatan (atas kami) melainkan Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.

Ayat ini diulang bacaannya sebanyak 3 kali

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah segala di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan ia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.


اعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق

Aku berlindung dengan kalimah-kalimah (ayat-ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang dicipta-Nya.

PEMBELAJARAN IPA DI LUAR KELAS

IPA merupakan salah satu Mata Pelajaran yang mempunyai ruang lingkup sangat luas. Di dalam IPA dipelajari tentang sesuatu yang berhubungan ...