Monday, December 3, 2012

PENYAKIT HEPATITIS



Hepatitis ialah radang hati sehingga menyebabkan sel-sel hepar rosak dan seterusnya menyebabkan hepar tidak dapat lagi menghapuskan pigmen hempedu.

Apabila ini berlaku, ia akan mengakibatkan pigmen hempedu akan dirembeskan ke dalam usus. Biasanya ia dikaitkan dengan penyakit kuning (jaundice).


Terdapat 5 jenis hepatitis iaitu A, B, C, D dan E.

Untuk hepatitis A dan E ia tidak akan menyebabkan penyakit hepar yang kronik seperti sirosis dan kanser hati berbanding hepatitis B, C dan D.

Hepatitis A berpunca dari virus HAV (Hepatitis A Virus). Biasanya ia boleh didapati daripada makanan dan minuman yang tercemar, homoseksual, penagih dadah, minuman beralkohol dan ibu mengandung.

Hepatitis B dibawa oleh virus HBV. Ia boleh dijangkiti melalui homoseksual, biseksual, penagih dadah, pekerja hospital, melalui air liur, air mani, darah, ibu kepada anak semasa lahir, suntikan dadah dan pemindahan darah.

Hepatitis C disebabkan oleh virus HCV. Ia berpunca dari berkongsi jarum suntikan, permindahan darah, melalui luka dengan alat peribadi seperti pisau cukur, akupuntur dan tatu.

Hepatitis D disebabkan oleh virus HDV. Seseorang itu hanya dijangkiti virus tersebut sekiranya ia pernah mendapat hepatitis B.

Manakala Hepatitis E pula dijangkitkan oleh virus HEV yang boleh didapati melalui makanan yang tercemar. Ia juga berpunca daripada proses pemindahan darah.

Hati adalah kelenjar terbesar di dalam tubuh, yang terletak di bahagian teratas dalam rongga abdomen di sebelah kanan di bawah diafragma.

Hati secara luas dilindungi oleh tulang rusuk.

Hati merupakan kilang kimia terbesar dalam tubuh yang menjadi 'pengantara metabolisma' iaitu mengubah nutrien yang diserap dari usus dan yang disimpan di suatau tempat dalam tubuh untuk dijadikan sesuai bagi pemakaiannya dalam tisu.

Hati juga berfungsi sebagai pengubah bahan buangan dan bahan toksik untuk ditukar bagi kumuhan dalam hempedu dan air kencing.

FUNGSI GLIKOGENIK
.Sel hati menghasilkan glikogen (iaitu kanji haiwan) oleh kepekatan glukosa yang diambil dari makanan karbohidrat.

Zat ini disimpan sementara oleh sel hati dan diubah kembali menjadi glukosa oleh tindakan enzim apabila diperlukan oleh tisu tubuh.

Hati membantu supaya kadar gula sentiasa dalam keadaan normal di dalam darah. Iaitu 80 hinggaa 100 mg glukosa setiap 100 ml darah. Namun fungsi ini sebenarnya dikawal oleh rembesaan pankreas.

Hati juga dapat membantu mengubah asid animo menjadi glukosa.

REMBESAN HEMPEDU
.Sesetengah unsur hempedu, misalnya garam hempedu, dibuat dalam hati.

Begitu juga pigmen hempedu, dibentuk dalam sistem retikulo-endotelium dan dialirkan ke dalam hempedu oleh hati.

PEMBENTUKAN UREA
.Hati menerima asid amino yang diserap oleh darah. Dalam hati terjadi deaminasi oleh sel, atau nitrogen dipisahkan dari asid animo dan amonia diubah menjadi urea.

Urea dapat dikeluarkan dari darah oleh ginjal dan dikumuhkan ke dalam air kencing.

TINDAKAN TERHADAP LEMAK
.Hati menyediakan lemak untuk pemecahan terakhir menjadi hasil akhir asid karbonat dan air.

Garam hempedu yang dihasilkan oleh hati penting untuk pencernaan dan penyerapan lemak. Kekurangan garam hempedu mengurangkan penyerapan lemak dan kerana itu dapat bergerak tanpa perubahan menjadi najis seperti yang terjadi pada beberapa gangguan pencernaan pada kanak-kanak dan gangguan tertentu pada pankreas.

MENGEKALKAN SUHU TUBUH
.Hati membantu untuk mengekalkan suhu tubuh sebab saiz organ itu dan beberapa aktiviti metabolik yang berlangsung mengakibatkan darah yang mengalir melalui organ ini naik suhunya.

KAITAN HATI DENGAN KANDUNGAN NORMAL DARAH
.a. Hati membentuk sel darah merah pada masa janin hidup.
b. Hati berperanan dalam penghancuran sel darah merah.
c. Hati menyimpan hematin yang diperlukan untuk penyempurnaan sel darah merah baru.
d. Hati menghasilkan sebahagian besar protein plasma.
e. Hati membersihkan bilirubin darah.
f. Hati membantu penghasilan protrombin dan fibrogen yang diperlukan untuk pembekuan darah.

PEMBELAJARAN IPA DI LUAR KELAS

IPA merupakan salah satu Mata Pelajaran yang mempunyai ruang lingkup sangat luas. Di dalam IPA dipelajari tentang sesuatu yang berhubungan ...